Wednesday, January 2, 2013

Battle of Kelong Pozi

Trip ke Kelong Pozi, Lukut Port Dickson telah menjadi penutup aktiviti Geng Memancing JKR Tentera Melaka bagi tahun 2012 dan pembuka bagi aktiviti memancing untuk tahun 2013.

Persiapan yang sedang dibuat sejam sebelum trip ke Kelong Pozi Lukut Port Dickson. Setelah semua kelengkapan disiapkan, Geng Memancing JKR Tentera Melaka seramai 10 orang pun bertolak ke Lukut Port Dickson dengan menaiki 4 buah kereta. Perjalanan dari Kem Terendak mengambil masa selama 1jam 30 minit.
Setelah tiba di jeti, kami disambut oleh saudara Nizam selaku tukang bawak bot untuk memmbawa geng kitaorang ke kelong. Semua barang-barang dan peralatan dimasukkan ke dalam bot dan tak lupa juga umpan untuk orang yang siap-siap lagi dibungkus dari kedai makan Pozi di jeti.

Gambar-gambar dibawah menunjukkan sebahagian daripada geng memancing yang menyertai trip kali ini. Muka masing-masing penuh ceria, gembira dan tak sabar-sabar untuk berentap di atas Kelong Pozi.







 Perjalanan menaiki bot mengambil masa selama 15 minit. Cuaca yang begitu baik dengan keadaan air yang cukup tenang memudahkan perjalanan ke kelong. Setibanya di atas Kelong terdapat seorang pemancing dan anaknya sedang memancing di atas Kelong. Difahamkan dan 1 hari semalam dia lepak di atas kelong nie. Kami menaiki kelong lebih kurang pukul 7.00 malam dan tanpa membuang masa, para pemancing sibuk memasang kelengkapan peperangan masing-masing. Air sedang bergerak pasang dan memang sesuai untuk memancing. Tak lama memancing, kudin dengan bangganya menarik ikan pertama iaitu seekor tuka (dia lagi.. asyik2 dia jer dulu yang dapat ikan).

Kudin dan tuka pertama
Kudin dan tetanda

Tidak lama kemudian, kudin lagi berjaya menaikkan ikan tetanda dengan menggunakan umpan udang hidup. Lain-lain geng semua kumpau lagi kua kua kua. Tak lama selepas itu kelihatan saudara azam belari-lari anak mendapatkan jorannya yang melendut-lendut di rembat ikan. Tanpa membuang masa, beliau merembat kekili  Shimano dengan joran tornado yang diperkuatkan dengan tali benang 40 paun. Dengan selambanya beliau menaikkan seekor gemang dalam anggaran sekilo lebih.

Azam dan si gemang
Selepas tu sedara Azam lagi menaikkan seekor lagi tuka dengan menggunakan umpan udang hidup.

Selepas tu keadaan menjadi reda. Tunggu punya tunggu, ikan tak makan-makan. Sambil menunggu ikan memakan umpan, kami dihidangkan dengan jajan-jajan dan air kopi 'o' yang dibuat khas oleh saudara Azrool aka pengantin yang dah tak berapa manis. Lepas duk pekena kopi 'o', aktiviti memancing pun diteruskan lagi tapi keadaan sama juga dengan keadaan laut yang sangat tenang dan tidak berarus menyebabkan ikan-ikan menjadi pasif. Beberapa orang geng pun mula mencari-cari port yang terbaik untuk melelapkan mata.

Tepat jam 12.00 tengah malam... keebaboom... keebaboom... keebaboom... Uncle dan anaknya sedang memainkan mercun sempena menyambut tahun baru 2013... Apa lagi kita pun dok pakat tengok sama depa main mercun... keebaboom... keebaboom... keebaboom... bertempiaran ikan-ikan di lautan terdengar bunyi mercun... kua kua kua.


Ramai geng yang tewas dan hanyut dibuai mimpi malam. Tinggal beberapa orang geng yang sabar memancing walaupun mata dah kelat dan ikan tak berapa nak makan. Akhirnya dol berjaya memecahkan kesunyian malam dengan kayuhan sekejap laju sekejap perlahan... pergh dah macam main casting pulak... hehehe lawok jer... berjaya menaikkan seekor ikan kaci yang terpedaya dengan umpan udang kopeknya. aikkk kaci sesat kot...

Selepas itu Kudin berjaya memperdayakan seekor ikan kerapu... eh silap... diperdayakan oleh seekor ikan depu yang menyamar sebagai kerapu mencuri umpan udang kopeknya. Nasib baik ko Depu, kalau tak, lama udah kena goreng...

Raja gelama kitaorang yang senyap jer akhirnya berjaya menaikkan ikan lesen selepas kira-kira 4 jam berjuang.
Penulis : Apa perasaan saudara selepas menaikkan ikan nie?..
Raja Gelama : Gembira, teruja dan bangga. Saya tujukan kepada mak, ayah, nenek, atuk... tuuuuttttt.. lain putus..

Raja Gelama aka Zul

Selepas tu keadaan terus menjadi kelam dan segala aktiviti memancing berhenti. hanya sayup-sayup kedengaran bunyi dengkuran sahut menyahut dari dalam bilik-bilik yang disediakan di Kelong Pozi Lukut ini.
Selepas Sang Suria menjelma, perjuangan diteruskan lagi dengan semua geng membetulkan semula joran-joran yang tersadai beberapa jam tak terusik malam tadi.

Air sedang bergerak pasang. Ribuan ikan-ikan tamban sedang berlari-lari anak di permukaan air dikejar sang todak yang berkeliaran mencari mangsa.

Geng memasang kembali joran selepas puas tidor pada waktu malam
Tiba-tiba... sreeeeeeeet... set kekili "bit runner" kudin dirembat seekor pemangsa yang sedang galak memakan umpan. Setelah bertarung kira-kira 300 saat. seekor ikan susu anggaran 2 kilo berjaya dinaikkan.

Kudin dan Ikan Susu
Selang beberapa minit kemudian, siren yang dipasang oleh Uncle dibahagian belakang kelong menjerit nyaring menunjukkan umpannya sedang dirembat oleh seekor pemangsa... selepas aksi tarik menarik tali berlaku beberapa minit... seekor ikan senagin anggaran berat +- 8 kilo berjaya dinaikkan dengan menggunakan tangguk... perghhhhhh memang A++

Seorang Model dengan Ikan Senangin +- 8 kilo Uncle kat belakang tu..
Selepas tu layan jer lah gambor-gambor dibawah nie.. Geng kami pulang pada pukul kira-kira 12 tengahari dengan hasil tangkapan yang tidak mencapai sasaran disebabkan masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Secara keseluruhannya... Kelong Pozi Lukut ini boleh dikatakan tempat yang menarik untuk memancing kerana terdapat banyak ikan sisik bermain-main di kelong ini. Cuma teknik dan taktik yang perlu diperkemaskan lagi sebelum kembali turun bertarung di kelong ini... Sekian berjumpa di Trip yang akan datang Geng Memancing JKR Tentera Melaka.



Ikan Karang yang teperangkap di dalam bento ketam


Ketam yang berjaya ditawan oleh penulis dengan menggunakan Bento Ketam 


Kelong Pozi Lukut... kami akan kembali lagi.. Insha Allah
Perjalanan pulang dari Kelong Pozi Lukut..
Ketam yang telah bertukar menjadi santapan.