Wednesday, May 9, 2012

Trip Memancing Pulau Upeh Melaka

Trip yang telah dirancangkan dua minggu sebelumnya akhirnya dapat dijalankan pada 5 Mei 2012. Seramai 9 orang ahlul komplot menyertai trip kali ini. 

Semua ahlul komplot berkumpul di jeti nelayan Pulau Gadong Melaka kira-kira jam 11.00pagi. Ketibaan yang agak lewat mengusarkan Pak Husin (Tekong Bot) kerana jika air telah surut habis, bot tidak dapt melepasi beting pasir yang terletak di tengah-tengah laluan keluar ke laut.

Tekong Bot (Pak Husin)
Sebahagian ahlul komplot

Setelah semua peralatan memancing dan bekalan makanan di bawa masuk ke dalam bot, trip memancing ke Pulau Upeh pun bermula. Air surut pada pukul 1.00 ptg dan dijangkakan pasang besar kira-kira jam 7.00 mlm. 
Pulau Upeh Melaka dari kejauhan.
Perjalanan dengan bot kira-kira 10 minit sahaja. Setelah semua barang-barang dipunggah naik ke atas jeti Pulau Upeh, aktiviti memancing pun bermula... Kira-kira setengah jam ikan pertama bejaya dinaikan oleh sdr Zahari iaitu Gemang (400g) memecahkan kesunyian dan menaikan semangat ahlul-ahlul komplot.

Zahari dan Gemang 400g
Selepas itu berturut-turut ikan lain dapat dinaikkan iaitu ikan tuka 2 ekor, duri dan gelama yang menjadi lauk santapan tengahari.

Hasil tangkapan yang menjadi lauk santapan tengahari.
Kudin sedang menyiang ikan
Selepas makan tengahari, aktiviti memancing diteruskan dengan berbagai-bagai hasil tangkapan seperti ikan tuka, gelama dan ikan duri. Selepas air surut sepenuhnya, ikan agak kurang meragut umpan yang pelbagai di bawa untuk trip kali ini seperti udang hidup, jangkau, pasir dan ikan cabuk. Kesempatan ini digunakan oleh sdr zul untuk menjala di sekitar Pulau Upeh 

Ketika air gerak pasang pada waktu petang, akhirnya joran yang disandarkan pada pagar jeti melendut-lendut seperti hendak terjun ke dalam laut pantas diterkam oleh kudin yang menghenjut dan berjaya mendaratkan ikan pari anggaran sekilo. 

Kudin dan pari 1 kg
Tidak lama kemudian bot menghampiri jeti menurunkan beberapa orang kaki pancing, pergi dan datang lagi dengan kaki pancing sehingga keadaan agak sesak dengan anggaran seramai 30 orang berada di sepanjang jeti Pulau Upeh ini. Tak sangka pulak hari ini ramai kaki pancing nak turun mancing kat sini, mungkin disebabkan hari ini hari cuti.

Jeti yang sesak dengan kaki pancing

Sebahagian ahlul komplot.

Suasana senja di Jeti Pulau Upeh
Pada sebelah malam ikan agak kurang memakan umpan, hanya ikan gelama dan duri yang tersangkut ketika mencuri umpan. Hanya dua ekor ikan malong, ketam nipah dan gemang yang berjaya memecahkan kesunyian malam walaupun terdengar suara-suara sumbang daripada grup yang naik kemudian yang berjaya menaikkan ikan serkut dalam anggaran sekilo lebih.

Mie dengan ketam nipahnya
Waktu malam lebih banyak dihabiskan dengan tidur dan aktivti memancing diteruskan lagi selepas subuh menjelma. Cuaca mendung dan dijangkakan ribut akan melanda.

Awan gelap yang membawa ribut dan hujan lebat.
Hujan lebat tak menghalang pemancing tegar ni untuk memancing.
Selepas hujan ribut reda, kami pun bertolak balik ke jeti nelayan Pulau Gadong Melaka kira-kira jam 10 pagi. Secara keseluruhannya ikan yang berjaya dinaikkan adalah ikan pari 1 kilo, 3 ekor gemang anggaran 1/2 kilo ke bawah, 7 ekor tuka, 2 ekor malong, sekor ketam nipah, sekor gelama papan, dan banyak ekor ikan lain seperti gelama, duri dan belanak.

Perjalanan balik ke jeti nelayan pulau gadong.

Kapal Selam di Muzium Kapal Selam Melaka diambil dari bot.
Terima kasih kepada semua ahlul-ahlul komplot Geng Joran JKR Tentera Melaka yang menyertai trip kali ini. Semoga jumpa lagi pada trip yang akan datang.


No comments:

Post a Comment