Monday, November 12, 2012

Trip Memancing ke Kelong Abu

Trip memancing ke Kelong Abu Pantai Siring Serkam Melaka telah diadakan pada 12 November 2012 yang lalu. Trip kali ini telah disertai oleh seramai 9 orang Geng Memancing JKR Tentera Melaka. Sebagai persediaan,  sebanyak 200 ekor udang telah ditempah.

Sebahagian udang yang dibeli dengan Bro Talib Padang Kemunting
Setelah semua persediaan disiapkan, Geng Memancing JKR Tentera Melaka pun bertolak ke Jeti Nelayan Pantai Siring di Serkam Melaka. Perjalanan dari Kem Terendak mengambil masa hampir 1 jam dan kami sampai di sana kira-kira jam 06.00 petang. Setelah semua kelengkapan dimasukkan ke dalam bot, kami pun bergerak menaiki bot ke Kelong Abu.




Setelah sampai ke kelong... tanpa membuang masa, semua ahli sibuk memasang peralatan masing-masing untuk bertarung di atas Kelong Abu. Kelong Abu boleh dibahagikan kepada 3 rumah yang berkedudukan sebaris antara satu sama lain. Kami menduduki kelong yang paling kiri sekali antara tiga rumah kelong itu seperti gambar di bawah.
Ahli sibuk memasang peralatan berperang..
Malam pun melabuhkan tirainya apabila kami mula memancing... dan ikan pertama pun menjelma selepas beberapa minit umpan dicampakkan... Anak Ikan :) :) :)

Penulis sedang blues sambil menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t
Kudin dengan ikan pertama... gerut-gerut

Raja Gelama dengan hasil tangkapannya.
Dol yang membawa peralatan berperang sampingan "Bento Ketam" telah berjaya memperdaya ketam-ketam pantai siring untuk memasuki bentonya... Boleh tahan jugak ketam-ketam di sini... So kalau sesapa nak memancing di Kelong Abu ini disyorkan membawa sekali bento ketam sebangai senjata sampingan.

Dol dan ketam bunganya
Hujan yang agak lebat dan kilat yang sambar menyambar menyebabkan aktiviti memancing agak terhad. Kami terpaksa memancing sambil berteduh daripada hujan. akibatnya ramai daripada ahli tewas dalam pelawanan ini dan terpaksa mengundurkan diri ke dalam bilik-bilik yang ada di atas Kelong Abu ini.
 
 Sedar tak sedar hari dah pun siang... tanpa berlengah-lengah lagi, perjuangan pun diteruskan. Ikan gelama banyak berkeliaran menghabiskan umpan udang hidup yang kami bawak. Apa nak buek... layan jer lah...

Seorang model bergambar dengan tiga ekor gelama yang memakan apollo berumpankan pasir daripada joran yang dipinjam dari raja gelama.... huahuahua

Ketam-ketam yang terpedaya dengan bento ketam Dol.

Antara ikan yang berjaya ditangkap...
 Kira-kira jam 9.00 pagi, kami pun bertolak pulang ke Jeti Nelayan Pantai Siring untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Hasil yang didapai sangat tidak memuaskan diakibatkan faktor cuaca yang tak berapa baik... Walaubagaimana pun kami enjoy sebab dapat jugak memancing sambil tidor di atas Kelong Abu ni...hu hu hu
Muka yang tak berapa ceria dalam perjalanan balik ke jeti... masing-masing duk sebok melihat ikan-ikan yang berenang-renang meng"anjing" kat kami sebab tak dapat tangkap depa...

Antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa dalam perjalanan pulang ke jeti... Layan je lah gambo nie yek... maleh den nak nulis-nulis... hu hu hu...
Semoga berjumpa lagi di Trip yang lain Geng Memancing JKR Tentera Melaka.




Apa pulau nie... bersebelahan dengan Kelong Abu. Port yang baik juga untuk memancing. Tengok joran yang panjang2 depa guna tu...








No comments:

Post a Comment